Thursday, 2 June 2011

Wakaf Jariah Saf Sejadah Panjang

Assalamualaikum wt. wbt

Didoakan Tuan dalam keadaan sihat dan mendapatkan rahmat Allah kehendaknya.

Kami adalah satu- satunya syarikat di Malaysia yang mengimport dan membekalkan saf-saf sejadah panjang khas untuk kegunaan masjid dan surau.

Sehubungan dengan itu, syarikat kami ingin memohon jasabaik Tuan Nazir/ Tuan Imam supaya dapat mengumumkan kepada ahli kariah serta jemaah pada hari Jumaat, akan sesiapa yang berhajat untuk membuat wakaf jariah berupaya saf sejadah panjang.

Dengan cara ini pihak masjid dapat memberi peluang kepada ahli kariah untuk membuat amalan Wakaf Jariah.

Tujuan utaman Wakaf Jariah adalah :-

i)   Para jemaah dapat melaksanakan amalan wakaf jariah
ii)  Masjid/ surau dapat mengantikan sejadah sedia ada kepada yang lebih baik, selesa, kemas dan cantik.
iii) Syarikat kami dapat terus memanjangkan amal wakaf jariah kepada seluruh muslim dan muslimat.

Sabda Rasulullah S.A.W dari Abu Hurairah R.A yang bermaksud:-
"Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali 3 perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak yang soleh yang mendoakannya."

Semoga sumbangan dan wakaf Tuan/ Puan dapat membantu kita semasa kita tiada lagi di dunia ini.

Sekian terima kasih.

Wassalam